FAKHITAH GHAZWANI ralit mengasyiki setiap halaman darihal buku falsafah Yahudi. Pelajar tahun tiga Akidah dan Falsafah itu bermata hijau dan berwajah mongel. Dia adalah satu-satunya gadis sunti kacukan Melayu-British yang lahir di Eropah. Bapanya adalah bekas penganut agama Yahudi Ortodoks dan memeluk Islam setelah bernikah dengan ibunya yang berketurunan Bugis totok.

Di perpustakaan Bibliotheca Iskandariah, sengaja dia menyibak kembali pendekatan Aristotle dalam mengkaji teori agama dan kali ini dia berminat untuk mengkaji tentang agama Yahudi. Kajiannya akan dijalankan di Semenajung Sinai dengan membuat pemerhatian, ujikaji, kajian teliti, tikrar, mencari hubungan dan sebab, serta membuat analisa terhadap teori.

“Saya hairan dengan kamu. Apa faedah kita mengkaji agama Yahudi?” soal Saiyidah. Pelajar Pergigian. Dia memakai tudung lorek berpetak.

“Boleh saya tanya pula, apa seronoknya duduk sepanjang hari menghadap mulut pesakit gigi?” Fakhitah memulangkan buah soal. Buku yang dicelapakkannya ditutup rapi.

“Pastilah seronok kerana merawat pesakit itu adalah tugas saya,” jawab Saiyidah. Dia mengisar-ngisar kedudukannya.

“Iyakah? Bukan sebab gaji tinggi ke?” usik Fakhitah. Dia memicit-micit bahu sahabatnya itu.

Saiyidah mengoles tawa kecil, “Betullah.”

“Jadi sudah menjadi tugas saya duduk sepanjang hari di depan buku untuk mengkaji dan ceritakan pada semua tentang siapakah Yahudi sebenar dan ancamannya terhadap dunia.”

“Gerunnya, apa contoh ancamanya,” riak wajah Saiyidah yang bergula bertukar masam.

“Ancaman idealisme dan ideologi. Idealisme adalah pemikiran yang lahir daripada manusia bertujuan untuk memperbaharui dan mengatasi kegagalan masa lalu. Ideologi pula adalah pemikiran atau fahaman lahir daripada manusia yang lebih tertumpu ke arah sistem politik, dasar pemerintahan atau pentadbiran negara,” ulas Fakhitah.

Katanya lagi, contoh serangan pemikiran yang menerobosi minda umat islam adalah pemikiran liberalisme yang mendikte kebebasan manusia, hedonisme, Sekularisme, Marxisme dan banyak lagi.

“Bagaimana dengan pemikiran romantisme? sengaja Saiyidah ingin bertanya.

“Lagilah saya tak berkenan.”

BAS yang merengkut seramai 40 pelajar al-Azhar telah tiba di Sinai setelah melepasi Terowong Ahmad Hamdi- terowong yang menyambungkan benua Afrika dan Asia.

Di Terusan Suez tadi, aku mencari arah mata angin negara Palestin. Aku benar-benar ingin menjejakkan kaki ke sana. Sinai adalah tempat kitab Taurat diturunkan melalui Nabi Musa a.s. Kisah di sini banyak memberi peringatan kepada kita tentang sifat kaum bani Israel yang degil dan angkuh.

Kami menyinggah Uyun Musa atau telaga Nabi Musa. Ketika itu Fakhitah terpandangkan seorang pemuda yang cukup dikenalinya, Burhanuddin Farazi. Pemuda yang berfikiran kebaratan itu pernah mengalahkannya dalam Debat Piala Kedutaan Kaherah.

Sosoknya begitu tampan, dengan pesisiran rambut beralun dan kemas, kaleideskop mata bundar, kulit putih-putuh kemerah-merahan, dada bidang dan tangan yang berketul. Tetapi kekacakan tidak melambangkan akidah seseorang. Dia benar-benar cintakan akalnya sendiri sehingga tersalah menggunakannya.

Fakhitah pernah jatuh hati akannya tetapi sejenak serangan pemikirannya semakin menular, Fakhitah menjad menyampah pula.

“Ustazah mesti ingin mengkaji agama? Berhentilah mengkaji agama yang bersifat mengongkong itu?” tegur Burhan semasa turun dari bas.

Aku mendiamkan diri. Sudahlah menegur tiada adab Islam kemudian ingin berdialog di sini pula. ‘Geram pula aku dengan mat liberal ini.’

Terus aku melangkah menuju ke kumpulan pelajar perempuan yang lain bagi mendengar sejarah tentang telaga ini.

Sepanjang tempoh pemerintahan orang-orang Haxsos ke atas negara Mesir, ketika itulah Bani Israil hidup dengan mendapat keistimewaan di timur Sungai Nil daripada kerajaan tersebut. Namun kerana sikap mereka yang suka mengasingkan diri kerana merasa bangsa lain akan mengkhianati dan menghapuskan mereka, mereka ditindas dan diusir oleh Firaun Ramsis II.

Di lautan merah yang terbelah, Nabi Musa memimpin kaum Israil menuju ke Sinai bagi membina kehidupan baru dan pada waktu yang sama Firaun dan bala tenteranya ditenggelamkan. Di Sinai, tiada sumber bekalan air dan Nabi Musa memerintahkan setiap satu daripada 12 suku kaum Yahudi mengorek telaga.

Kaum Israil begitu marah dengan kehidupan mereka dan ingin pulang ke Mesir. Kemudian Nabi Musa dipanggil Allah untuk bermunajat di puncak bukit Thursina. Ketika ini jugalah bani Israil kerancuan dengan agama yang dibawa Samiri iaitu menyembah patung anak sapi emas.

Langit sangat gelap membukat. Pukul dua pagi lagi, rombongan pelajar sudah bersedia di kaki bukit Thursina bagi menawan bukit tersebut dan menyaksikan matahari terbit. Udara bertiup kencang dan mengkhabarkan kesejukan. Kebetulan mereka bergerak bersama rombongan dari Israel yang cukup sombong.

Sepanjang mendaki, Fakhitah mengericau bercerita tentang kitab taurat pada Saiyidah. Di samping mengutuk-ngutuk rombongan yahudi yang berada di hadapan mereka.

“Mana boleh berjalan di belakang mereka. Tahukah apa yang mereka telah lakukan pada dunia terutamanya umat Islam,” luah Fakhitah.

“Mengapa kamu berminat sangat ingin berbicara tentang mereka?” soal Saiyidah.

“Sabda Rasulullah, berbicaralah mengenai bani Israel seluas-luasnya. Sesiapa yang mendustakan ke atasku secara sengaja, maka dia telah menempah tempat tinggal dalam neraka.”

“Kamu percaya kitab taurat?” soal Saiyidah.

“Pastilah. Kita wajib beriman dengan kitab taurat. Tetapi kitab taurat sekarang sudah diselewengkan. Golongan sarjana Yahudi bersepakat bahawa kitab perjanjian lama bukan lagi asli.”

Dalam kegelapan itu, lampu suluh yang digenggamnya terlepas dan tergolek ke gaung di saat mereka berjalan di belakang sekali.

Burhan selaku pengiring dan penjaga pelajar perempuan ada di belakang. Langsung dia tidak ingin menghulurkan lampu suluhnya berjenama PBB buatan Amerika.

“Apa punya penjaga keselamatanlah,” tebak Saiyidah.

Pendakian ini sangat memenatkan. Bukit setinggi 2,285 meter ini benar-benar mencabar sehinggalah membuatkan kakiku melecet. Tambahan aku mempunyai penyakit lelah semenjak kecil tetapi demi kajian dan ingin menghayati zhauq nabi Musa bermunajat, aku tidak akan berpatah arah.

Di pertengahan jalan aku tersungkur. Dadaku sangat meluap-luap kesesakan. Aku berhenti di sebongkah batu dan Saiyidah yang kecemasan memapahku ke sebuah pondok yang terbina.

Burhan, pemuda itu benar-benar tidak kisah akanku. Di sisi Saiyidah, aku kesejukan dan mengelus-ngelus tangannya. Pelajar lain sudah meneruskan perjalanan dan aku masih terduduk kepenatan.

“Ustazah turun sahajalah, nanti saya tempahkan unta,” kata Burhan dengan selamba.

Mataku melorot ke bawah, “tak! saya perlu tamatkan pendakian ini,” tegasku.

“Ustazah ini degil betul, sama seperti bangsa yahudi.”

“Siapa terpengaruh dengan bangsa yahudi sekarang? Saya ke ustaz. Itu lihat cara pemakaian ustaz, sikap, budaya dan lebih teruk lagi pemikiran ustaz tu.” Fakhitah melepaskan segalanya.

“Saya perlu teruskan kajian. Saya perlu buktikan pada dunia tentang keangkuhan dan Yahudi yang meresap dalam pemikiran umat Islam. Bagaimana mereka merosakkan anak muda dengan hiburan melampau. Menyediakan rokok, arak, zina melalui medium media, dan bagimana yahudi zionis merampas jiwa umat Islam di Palestin.”

Air mataku bergenangan dan mengalir berkucuran. Serasa bibit-bibit sayu menggulung dalam jiwaku.

Aku bangkit perlahan. Azamku telah mendobrak segala kelelahan yang aku ada. Dengan kudrah gagah aku meneruskan perjalanan bersama Saiyidah. Burhan pula mengekor daripada belakang seperti keinsafan.

Sehinggalah tiba di puncak, aku mengambil wuduk menggunakan spray air, lalu menunaikan fardhu subuh. Kemudian aku masuk ke dalam ruang Nabi Musa bermunajat kepada Allah untuk bermunajat. Dapatku rasakan semangat Nabi Musa yang membara, taktala menerima penentangan Firaun, kemudian perlu berdakwah pada bangsa yang mengaku ‘Bangsa Allah Yang Suci dan Terpilih Itu’. Berdakwah pada bangsa yang mengaku Tuhan yakni Firaun dan bangsa yang menentang Tuhan, sungguh hebat cabaran itu.

Aku terfikir bagaimana perasaan nabi Musa ketika kaumnya meminta agar perlihatkan wajah Allah di puncak Thursina, kemudian barulah mereka akan beriman kepada Allah. Mengapa ingin melihat wajah Allah baru ingin beriman? Tidakkah di sekeliling sudah penuh petanda kewujudan-Nya.

“Fakhitah, lekas naik. Matahari sudah ingin terbit,” laung Saiyidah. Mereka berdiri memandang ke langit yang saujana mata memandang.

Dengan indah, fajar matahari meruahkan cahayanya, bertebaran dan meronai bukit Thursina dengan warna kejingga-jinggaan. Sungguh indah ciptaan Allah. Ketika dia memunculkan Zat-Nya yang agung di hadapan Nabi Musa dan bani Israil, batu meletup kerana ketakutan dan seluruh tumbuhan lari menyorok di dalam batu.

Kaum Israil pula, semuanya hancur luluh manakala nabi Musa jatuh pengsan. Setelah didapati kaumnya musnah, Nabi Musa merayu kepada Allah supaya menghidupkan kembali kaum yang dikasihinya itu. Namun setelah Allah menghidupkan kembali, mereka masih mengingkari-Nya.

Buktinya ketika Allah menjanjikan mereka dengan bumi Palestin dengan syarat mereka perlulah berperang dengan orang-orang Kan’an tetapi mereka enggan dan takut untuk berperang kerana telah sekian lama diasuh dengan kehidupan yang mewah dan selesa.

Akhirnya Nabi Musa bersama pengikutnya yang setia meninggalkan kaum Israil yang degil itu dan Allah telah menyesatkan bani Israil ini di padang luas bernama Tieh selama 40 tahun lalu mematikan yang engkar. Begitulah didikan Allah terhadap bangsa yang menentang tuhan.

Aku merasa pemuda yang aku tengking di pondok tadi mencuri pandang ke arahku . Aku tertunduk malu kerana teringat keadaan aku mendadak marah sebentar tadi. Dalam pada itu, aku berdoa agar dia menjadi seorang insan yang dapat membantuku berkata pada dunia tentang ancaman yahudi kepada umat Islam. Paling dekat pun Freemason.

“Saiyidah, saya teringinlah mengkaji bangsa Yahudi di Baitul Maqdis pula,” harapku.

Dalam hatiku berkata, hakikat kejayaan bangsa Yahudi adalah kerana taurat dan kejayaan yahudi perlulah dijadikan satu pengajaran dan kajian untuk mendaulatkan Al-Quran dan As-Sunnah yang ditinggalkan Rasulullah SAW.

“Ustazah masih lelah lagi bukan? Saya sudah tempahkan seekor unta untuk ustazah.

images

Advertisements