Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiri

Ketika kekasih bersamaku 

Cinta-Nya akanku tak pernah berbahagi

Dan dengan benda yang sana selalu mengujiku

Bilakah dapat kurenungi keindahan-Nya?

Dia akan menjadi mihrabku

Dan arahnya menjadi kiblatku

Bila kuamati kerana cinta, sebelum terpuaskan

Akan terseksa dan lukalah aku di dunia ini

O penawar jiwaku, nubariku

Adalah santapan yang tersaji bagi mahu-Nya

Barulah jiwaku pulih jika telah bersatu dengan-Mu

O sukacita dan nyawaku moga kekallah

Dan diri-Mu juga berahiku berasal

Dari semua benda fana di dunia ini

Diriku telah tercerai

Hasratku adalah bersatu dengan-Mu

Melabuhkan rindu.

-Rabia’tul Al-Adawiyah, kekasih Allah dalam kalangan wanita.

Allah-is-LOVE1.jpg

 

Advertisements