Saya memang seorang yang tidak sabar untuk memiliki buku-buku perihal sains sosial atau sastera. Kecenderungan saya dalam meladeninya mungkin turun melalui seorang bapa bergelar Abi yang gemar berpuisi dan berkarya kala zaman muda lelanya. Dalam pada yang sama, Abi pernah menghadiahi saya pelbagai buku syair nukilan karyawan-karyawan tempatan seperti Zaen Kasturi.

     Dua tahun yang lalu ketika saya masih di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia, saya diberi pendedahan tentang karya-karya berkualiti yang terkandung dalam subjek kesusasteraan Arab. Buku Prosa Seribu Satu Malam ini adalah hikayat  yang mengandungi unsur-unsur sastera Islam dan pembelajaran sosial yang tinggi jika digali sebaik mungkin.

 Gambaran awal dalam membezakan sastera Islam dan sastera konvensional ialah seperti berikut :

Sastera Islam merujuk kepada karya-karya yang bersifat keislaman dengan memanifestasikan ciri-ciri dakwah yang membawa kepada kesedaran rohani  dan prinsip tauhid. Shahnon Ahmad berpendapat sastera Islam adalah sastera kerana Allah SWT untuk manusia sejagat.

     Karya-karya Melayu juga banyak dironai corak dan warna ilmu sastera Islam. Contohnya karya-karya Hamzah Fansuri, Noor Hidayat, Zaky Yaakob dan ramai lagi. 

     Membincangkan soal sastera Islam memerlukan kajian yang tersusun serta terpandu. Supaya kualitinya dapat dijamin dan dijadikan sumber didikan masyarakat.

     Mudahan Allah menganugerahi saya sebuah lorong khusus untuk saya menaakuli realiti ilmu sastera yang berkait rapat dengan teori taabudiyyah, rasa kehambaan, dan mahabbah kita pada Ilahi.

Selamat menempuh gelombang ujian fasa satu. Bismillah.

15338663_336623653389901_6290442080023041405_n.jpg

 

 

 

Advertisements