HAMZAH FANSURI ialah seorang pujangga dan ulama sufi kelahiran Sumatera Utara. Beliau banyak menulis puisi agama berbentuk rubai atau mirip seloka. Denai kesusasteraan Islamnya banyak menekankan ajaran Wujudiah dan hal ini terakam dalam koleksi syair-syairnya seperti Syair Dagang, Syair Si Burung Pingai, Syair Perahu dan banyak lagi. Antara karya-karyanya dalam bahasa Arab ialah 

  1. Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana)
  2. Asrar al-`Ārifīn (Rahsia Sekelian Orang yang Bersuluk)
  3. Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi)
  4. Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan).

     Berikut adalah secangkir syairnya yang amat masyhur dan bermutu manikam kualitinya tentang samudera sufi dan perjalanan spiritual yang memerlukan bimbingan seorang guru mursyid agar tidak tersesat:

Hamzah sesat di dalam hutan,
Pergi uzlat berbulan-bulan,
Akan kiblatnya picek dan jawadan,
Inilah lambat mendapat Tuhan.

Unggas Pingai bukanlah balam,
Berbunyi siang dan malam,
Katanya akal ahl al-alam,
Hamzah Fansuri sudahlah kalam.

Tuhan hamba yang punya alam,
Timbulkan Hamzah yang kalam,
Ikhkinya jangankan padam,
Supaya warit di laut dalam.

Dengan serba sedikit kupasan ini, semoga lebih ramai penggiat seni kesusateraan tanah air di Nusantara dapat menyelidiki karya-karya Hamzah Fansuri dan mengharunginya dengan berguru. Wallahua’alam.

makalah-hamzah-fansuri

 

Advertisements