Sedari Wujud-Mu, kini melenyapkan buih keakuanku

Ilahi betapa Engkau tiada serupa

cara mendengar dan melihat

berkata dan perbuatan-Mu

haramlah ditashbihkan seperti makhluk

dikira syiriklah aku kala terasa aku wujud.

 

Di pesisir pantai tauhidik

deburan ombak Wahdatul Wujud-Mu mendesir berbisik

sayup-sayup menarik sukmaku

berteleku ke dalam lubuk kehambaan

jauh terdampar ke dasar manikam hakikat

tentang rahsiaku dan rahsia-Mu.

 

Terhapuslah diri yang larut dalam lautan itu

setelah tersingkap segala dalam qalbu

alam langit yang ligat beredar

alam zarah yang ligat berputar

yang terpandang hanya Kesempurnaan

dan Kewujudan-Mu Tuhan.

 

-Fajar Islam

-Masjid Amin al-Kurdi

-Kelas Akidah, Kitab Luma’ karya Abu Hassan al-Asya’ari.

16806964_370578699994396_3133173118587524179_n.jpg

Advertisements