Sebelum Madinah mendapat nama 

teralun syair memujangga baginda

mencahayai sebuah kota Yathrib

berkibar-kibar selendang suara penduduknya

menyambut sebuah kedatangan Sang kekasih Allah 

cahayanya menyinari semua

bermula yang tua renta hingga di dalam dukungan

biar yang kaya muluk atau setinggan

berkerumun tuk menyahut ketibaan

laksana sinaran purnama menyoroti

bandar gersang gelap gempita

Madinah al-Munawarah tertinta kasihnya. 


Masa berlari begitu pantas

Baginda,  kekasih kami sudah lama tiada

tetapi suara kami tetap bergema

mengalunkan bait qasidah Madinah

pada keheningan Fajar dinihari

di bawah sinaran kubah dedaunan

walau gelombang pedih bergulung dalam rasa

bergumul syahdu dan membara

kerna sumur rindu yang bertakung

tak lagi terbendung. 


— Fajar Islam

— 24 Mac 2017, Raudhatul Nai’m

— Tausiah Habib Ali al-Jifri

Advertisements