​Bagaimana masih bisa memberi kemaafan engkau

kala dipenggal kepalamu

dicarik-carik sarung tubuhmu

dan dinyalakan di atas sumbu

lalu abumu dituang ke Sungai Dajlah

hanya semata engkau menoleh daripada kerajaan

politikus dan teologis tukul dan paku besi. 
Mungkinkah ancaman tak keruhkan lagi jiwamu

kematian tak jua membunuh seseorang yang benar

tetapi kematian adalah harapan

seorang yang sudah terfana’ oleh Zat, Sifat dan Af’al Ilahi
Sudah diberitahu Hallaj dengan tersenyum

“Bunuhlah aku. ”

bunuhlah Hallaj yang kasihan kerana tinggal pada era

agama dijadikan premis untuk menumpahkan darah

sedangkan Hallaj boleh bertaubat jika dia tersalah. 
-Fajar Islam

Advertisements