Cik S sudah memaklumkan Antologi Cerpen Negeri Perak akan dihantar ke kilang pencetak untuk dibondong ke Pesta Buku KL 2017 nanti. Walaupun saya hanya menulis sebuah cerpen tetapi ia cukup memotivasikan diri untuk menulis koleksi cerpen sendiri. Memang sudah saya kumpulkannya cuma menunggu masa untuk disitir sebaik mungkin.

‘IMPIAN ISTIQAMAH’, judul cerpen saya yang tersiar dalam buku ini, bercerita tentang impian seorang wanita bernama Che’ Istiqamah yang sedang membuat praktikal sebagai wartawan lokasi bersempena Tahun Melawat Malaysia. Plot bermula dengan cukup episodik apabila dia adalah seorang yang sangat introvert, anti-sosial dan mudah berdebar di depan kamera.

Lokasi Gunung Lang, Ipoh menjadi plot dasar pertemuan antara Yusry, pelajar berbangsa Arab yang ditugaskan menjadi jurukamera bagi menyiapkan tugasan. Yusry meluahkan cintanya akan Negeri Perak yang mempunyai pengaruh Arab/Islam sejak beratus-ratus tahun dahulu. 

Hal ini terakam dalam Dendang Endoi, Tarian Gambus,  musik Ghazal dan sebagainya.  Jadi Yusry banyak merujuk Istiqamah yang kebetulan perlu memberi liputan tentang adat dan kebudayaan Perak. Selain itu saya ada masukkan juga sejarah-sejarah tua yang sangat bernilai di Taiping,  Kuala Kangsar dan Lenggong Perak. 

Plot berakhir dengan sungguh patriotisma dan romansa sekali hehe. Moh kita ngamai-ngamai dapatkannye. 

Advertisements