Musim semi memang cukup tenang. Malam semalam,  Masjid Amin Al-Kurdi mengadakan sambutan ulang tahun kelahiran Sayyidah Zainab,  cucu perempuan Rasulullah SAW. Masjid ini memang disediakan asrama lelaki bagi penuntut Al-Azhar. Siapa tahu saya pernah menginap di masjid ini selama sebulan tau di Kem Menghafaz Al-Quran. Waktu itu musim sejuk memuncak, cuti penggal pertama, hanya berlapikkan selimut tebal,  makanan pula memang tiada disediakan lauk pauk.  Setiap hari saya menikmati sejenis roti gandum ‘Aisy yang boleh dijemur dan dikitar semula.  Bercicahkan madu hitam dan kuah kacang falafel. 

Baiklah, hari pertama memang kasihan. Target nak hafal satu rubu’ atau satu bahagian surah al-Baqarah gagal. Semua peserta memang jakun melihat pen Al-Quran elektronik yang saya gunakan untuk menghafal.  Sebagai satu-satunya peserta bukan warganegara di sini, saya dilayan dengan istimewa sekali. Contohnya boleh tidur bila-bila masa sahaja nak, hihi tak payah nak ikut jadual yang strict tu. 

Kemudian dapatlah saya menyua ikhwan-ikhwan dari Luxor, Beni Suef, Fayyum, Sham Sheikh, Iskandariah, Tanta dan daerah lain. Mereka majoriti memang penghafaz al-Quran. Ahli-ahli al-Quran ni memang ahli Allah,  jadi saya yakin mereka orang arab Mesir yang baik. Tambahan melalui semangat merekalah, saya belajar mencontohi. Cuma tak bestnya, orang Arab Mesir memang lemah bab akhlak. Selama sebulan tinggal di sini, banyak barang yang hilang seperti tuala, selipar dan baju. Mungkin salah saya kut sebab culas. Bagi mereka sekali kau dah bagi pinjam barang tu, dia rasa barang tu dah jadi milik dia.

Setiap hari sebelum tidur kami akan berqasidah.  Ada juga pelajar al-Azhar yang belajar bahasa Inggeris dengan saya kerana mereka agak lemah dalam bahasa ni.  Di samping itu kenangan yang tak boleh dilupakan,  diusik oleh Syeikh Hisham Kamil,  dan mendapat tugasan daripada beliau untuk membetulkan terjemahan bukunya berkisah 25 Para Rasul. Setiap malam juga akan diisi dengan penceramah-penceramah luar yang menyuntik semangat untuk menghafaz al-Quran. Kelas tajwid juga dijalankan.  Sejak itu memang saya niatkan dalam hati untuk menjadi al-Hafiz suatu hari nanti.  Aamin. 

21 Februari, cuti semester pertama tamat,  alhamdulillah saya berjaya menghafal banyak juga isi al-Quran tapi masih belum lancar. Bermula dari satu rubu’,  kepada satu nifs,  dan selanjutnya satu hizib dan lagi. Memandangkan tepat 5 Mei ini,  iaitu hari ulangtahun kelahiran saya, giliran ujian lisan al-Quran akan dijalankan.  Moga dengan berkat para-para syeikh yang mengajar membantu saya melontarkan ayat nanti.  Doakan saya ye. Insan yang pelupa dan kadang-kadang pemalas juga. 

Advertisements