Sebagai umat Islam, kita wajib beriman akan perkara ghaib antaranya hal-hal berkaitan jin, malaikat dan roh. Menekannkan topik jin, istillah syaraknya adalah benda hidup yang tak dapat dilihat,  berakal mukallaf dan beranak pinak. Kewujudan jin muncul sebelum penciptaan manusia dan asalnya dari api. 

Istillah jin juga berkaitan dengan istillah al-Jaan yang disebut dalam al-Quran iaitu bapa segala jin yang pertama dicipta Allah. Manakala al-Jin pula ialah anak cucu keturunan al-Jaan. 

Terdapat 3 bentuk-bentuk jin iaitu pertama adalah bersayap dan terbang di udara, kedua berjalan spt manusia, dan ketiga jin yang paling lemah berbentuk fizikal spt bakteria,  virus,  kuman dll. Mahkluk halus seperti ini kebiasaannya membawa penyakit kronik spt taun,  HIV, dan kanser.
KETURUNAN JIN IBLIS DAN SYAITAN 

Iblis bermaksud putus asa.  Iblis adalah nama bagi seekor jin yang nama asalnya ialah Azazil/ Harith.  Iblis hidup dalam kalangan malaikat  dan sangat-sangatlah kuat beribadat sehingga digelar malaikat.  2000 tahun sebelum Adam dicipta,  malaikat diutuskan untuk memerangi kaum jin yang melakukan kerosakan dan pertumpahan darah, Iblis menjadi ketua dan menjadi bangga dengan peranan yang dijalankan. 

Namun jin merasa terhina apabila Allah menjadikan Adam sebagai khalifah kerana Adam dicipta dari tanah hitam yang berbau (Al-Hujurat:34)  yang menjadi tempat pijak jin. Sujud kepada tempat pijak adalah satu penghinaan bagi iblis dan merasa dirinya lebih mulia dan lebih layak.  Sifat bongkak dan besar diri menutup kebenaran dan membawa kesesatan. (Al-Baqarah: 30) Menurut Ibn Abbas, “Allah tahu apa yang ada dalam hati Iblis perasaan bongkak dan besar diri.”

Akhirnya iblis enggan sujud hingga dilaknat oleh Allah dan enggan bertaubat malahan berputus asa dengan rahmat Allah. Lalu iblis membuat perjanjian dengan Allah supaya umurnya panjang hingga hari kiamat dan bersumpah untuk menyesatkan semua anak Adam. 

Metodologi iblis dapat dikesan melalui 2 cara :

-Memperhiaskan dunia

-Sesatkan dengan berputus asa.

Iblis akan berusaha keras memisahkan manusia daripada kehidupan beragama, dan cenderung kepada hawa nafsu.  Selain merosakkan pegangan akidah tauhid yang menjerumuskan kepada perkara bida’ah,  tahyul,  khurafat dan menjauhkan daripada syariat. 

Iblis berusaha keras menyesatkan manusia daripada jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW, menyekat manusia dari syurga dan mengakibatkan manusia mati dalam kematian yang buruk akibat dosa. 

Syaitan bermakna sifat yang memberontak atau hodoh.  Syaitan merupakan keturunan iblis yang menjadi bala tentera untuk memesongkan manusia. Manusia juga boleh dikategorikan syaitan jika berperwatakan hodoh,  tercela dan membawa keburukan serta mudarat kepada kehidupan. 

ANCAMAN IBLIS DAN BALA TENTERANYA

Terdapat 6 bentuk ancaman iblis yang berbentuk gangguan:

1- Was-was

Bomoh berperanan mencampakkan perasaan was-was atau memberi prasangka bahawa ada kuasa selain kuasa Allah.  Kerana bomoh berhubung dengan jin untuk mengetahui perkara-perkara ghaib yang luar biasa, kemudian menggoda manusia untuk menggunakan khidmatnya spt pelaris,  tangkal, pendinding dan kuasa ghaib yang lain. 

2- Sihir khayalan dan jelmaan

Jin punyai ilmu untuk memukau manusia.  

Firman Allah bermaksud : ” (Nabi Musa)  bersabda bahkan kamulah (ahli sihir) campak dahulu,” Tiba-tiba tali dan tongkat yang mereka campak terbayang-bayang kepadanya (Musa A. S)  seolah-olah benda yang merayap disebabkan sihir mereka.  (Taha :66)

Hadis riwayat Ibn Abi Shaybah, menurut Ibn Hajar sanadnya sahih juga menyebut:

“Sesungguhnya tiada suatupun mampu mengubah asal ciptaan yang Allah ciptakan,  tetapi bagi mereka (ghul)  sihir sebagaimana sihir anda kalian,  sekiranya kalian melihat sebahagian sihir tersebut hendaklah kamu laungkan azan. ” 

Ghul bermaksud lembaga jelmaan atau jelmaan jin.  Jin tidak dapat mengubah bentuk badannya,  tetapi dengan ilmu sihir,  mereka boleh berubah wajah seperti menjadi ular,  pelanduk,  tinggi, besar dll. 

3- Gangguan fizikal spt saraf

Antara contoh Nabi yang diganggu jin secara fizikal adalah Nabi Ayyub di mana baginda mendapat penyakit taun yang agak kronik. 

Firman Allah yang bermaksud :

“Sesungguhnya syaitan melalui tubuh manusia melalui saluran darah. “

Antara gangguan lain seperti kes rasuk, histeria,  penyakit-penyakit kronik dan ganjil,  santau,  dll

4- Gangguan rohani (mimpi) 

Contoh penurunan saka melalui mimpi. Serta mimpi-mimpi yang menakutkan. 

5- Sembunyikan manusia

Kes bunian menyorokkan manusia.  

6- Al-Ain (Hasad dengki) 

Penutup di sini, jin juga makhluk seperti kita, mempunyai kelemahan seperti takut dengan azan, zikir, ayat-ayat ruqyah, ayat 3 qul dan kaedah-kaedah perubatan Islam yang lain. Yang penting kita digalakkan melindungi diri, keluarga dan masyarakat hatta jika tidak pandai pun, rujukan pada yang pakar adalah sangat penting. Bataskan had untuk berkomunikasi dengan seseorang yang mempunyai hubungan dengan bomoh,  pawang,  dukun dan sebagainya kerana jin akan sentiasa mencari-cari ruang dan peluang untuk hinggap di tubuh kita. 

Akan bersambung InsyaAllah

Advertisements