Dalam arus fenomena sosial dan langsungan hidup moden, memang wujud golongan minoriti LGBT yang semakin terpulau dan tidak mendapat perhatian masyarakat. Minggu lepas, Fajar sempat bertandang ke rumah terbuka bersama berberapa jemaah Persatuan Bina BUDI yang dipengerusikan Tuan Guru Dr. Jahid ke rumah Usrah Fitrah di Klang. Rumah usrah fitrah adalah rumah perlindungan khas bagi golongan LGBT yang ingin berubah dan menjalani hidup normal seperti orang lain. Ada apa dengan rumah istimewa ini? Dan apakah visi positif dan baik terhadap golongan LGBT yang berteduh di bawah rumah Usrah Fitrah ini?

     Baiklah sebelum bercerita lebih lanjut, mari faham dan hadamkan betul-betul pengertian  LBGT. Di Barat, istilah LGBT (Lesbian Gay Biseksual Transgender) dapat ditelusuri dengan makna  siklon budaya berdasarkan identiti seksual dan gender yang berbeza-beza menurut peringkat-peringkat dan rentangan-rentangan masing-masing. Namun ingin saya memberi ketetapan bahawa LGBT itu termasuk dalam hal-hal yang berkaitan dengan masalah kecelaruan identiti merangkumi perkembangan-pertumbuhan psikologi, biologi dan rohani manusia.

     Dalam Islam, konsep dakwah ditekankan dalam menghadapi isu kecelaruan identiti ini. Saya kurang bersetuju jika ada golongan agamawan dan ilmuan yang sudah menjadi fardhu ain ke atasnya untuk membimbing golongan ini, tetapi mereka mencemuh, memburuk-burukkan,memberi stigma  negatif sehingga golongan LGBT dilihat serong lalu dibuang masyarakat. Sedangkan seorang pendakwah seharusnya mempunyai maklumat, sasaran, bahkan perkara yang berhubung dengan realiti kehidupan LGBT itu sendiri.

     Bukan bermaksud saya menyokong perbuatan songsang yang terang-terangan haram dalam hukum Islam seperti  kahwin sesama jenis, membedah alat kelamin, bedah sana sini, pakai susuk pemanis, dll. Tetapi kita sewajarnya mengambil tahu,memahami, berusaha menghormati dan menghargai pendapat, psikologi dan sikap mengapa mereka memilih untuk menjadi begitu.

     Boleh jadi tindakan mereka yang menentang arus dan norma-norma agama terpengaruh dengan trend semasa dan rakan sebaya, kurang mendapat perhatian ibu bapa, keterkanan jiwa dan lebih teruk lagi tidak mendapat didikan sinar agama yang bisa mencerahkan kegelapan. Mereka mampu dididik dan  dilorongi ke jalan fitrah kembali kerana rumah ini ada dibina surau untuk mereka solat.  Terdapat juga penceramah-penceramah yang akan memberi bimbingan dan motivasi serta perawat-perawat psikoterapi Islam yang datang membantu memulihkan keadaan mereka. Program-progam untuk memberi semangat kepada mereka juga ada dijalankan.

     Menziarahi rumah ini, membuatkan Fajar mengerti hakikat hidup yang wujud di persekitaran, membuatkan Fajar menganyam berjuta-juta persoalan tentang tanggungjawab moral terhadap golongan yang kurang bernasib baik seperti ini.  Namun golongan yang sengaja menguar-uarkan dan menghalalkan budaya LGBT secara terang-terangan seperti perkahwinan semasa jenis di Amerika Syarikat amat-amatlah bahaya dan kesannya akan mengundang murka-Nya. Seperti kisah yang diceritakan oleh Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah dalam karyanya,

     Khalid bin Walid menulis sepucuk surat kepada Abu Bakar as-Siddiq bahawa Khalid menemukan ada lelaki yang menikah dengan sesama jenisnya. Mendengarkan itu, Abu Bakar mengumpulkan para sahabat. Di dalamnya terdapat Ali bin Abu Talib. Abu Bakar meminta pendapat mereka mengenai perihal lelaki yang menikah tadi. Pendapat yang paling keras dalam hal ini diutarakan oleh Ali bin Abu Talib. Dia berkata, “ Perbuatan seperti ini pernah dilakukan oleh umat terdahulu, akhirnya Allah memperlakukan mereka dengan azab yang kalian semua sudah mengetahuinya. Saya berpendapat agar kalian membakar mereka.”

hms17573_field_image_listing_featured.var_1498705171.jpg

Advertisements