“Teringinlah nak buat praktikal di  Negeri Sabah, ” itulah yang asyik terpacul dalam minda hari ni. 

“Tapi…Sabah? Why Sabah? Kau ada duit ke? Penginapan? Makanan? Persediaan mental dan fizikal semua?”

Kisahnya bermula sewaktu berprogram di Putrajaya dua minggu lepas bersama Datuk Haji Bungsu@Aziz b.  Jaafar,  Mufti Sabah.  Tuan Mufti ada bentang konsep Fiqh Sabahi (bukan sejenis mazhab). Bila Tuan Mufti menceritakan tentang cabaran-cabaran pegawai agama menghadapi isu-isu melibatkan isu murtad, kekurangan tenaga dakwah, kekurangan tenaga intelek dan macam-macam, serasa terpanggil-panggil pula.

Beliau bercerita tentang perkembangan Sabah yang memang semakin positif dari segi peratus penduduk yang memeluk agama Islam. Tetapi masalah yang timbul sekarang melibatkan status agama dalam keluarga yang bercampur aduk.  Ada ibu yang non-muslim, tapi anaknya muslim. Dan ada juga yang kejap masuk Islam, kejap keluar, pastu masuk balik, pastu keluar dan macam-macam hal lagi.

Ada satu bahagian tu terasa membara bila Tuan Mufti bilang mana pergi pelajar-pelajar agama yang memang layak sangat buat latihan industri di Sabah. Ya, Sabah bah, layak sangat menjadi medan dakwah buat golongan pelajar terutamanya graduan Usuluddin la kan. Sedih bila dengar nasib penduduk sana yang sangat kuat berpegang dengan adat hingga ada kematian kuda pun nak buat majlis macam majlis tahlil. Bukan nak rendah-rendahkan, tapi itulah realitinya. 

Apa-apa pun ia ikut kemampuan kita. Macam saya yang serba kekurangan ni memang susah sikitlah. Tapi niat tu dah memang ada. Rindu pula dekat Tuan Mufti Sabah ye. Moga Allah merahmati dan memberkahi usaha beliau.  Aamin

*Nota Kaki, Fiqh Sabahi ialah modul yang diusahakan oleh Tuan Mufti Sabah merangkumi modul Islam (Fiqh), Iman (Akidah) dan Ihsan (Tasawwuf). Tuan Mufti memang sangat-sangat nak tekankan asas-asas agama ini sebagai penggerak kerja di peringkat Jabatan agama Negeri Sabah, Negeri Di Bawah Bayu.

Advertisements